Pada 16 April 2025, YBhg Dato’ Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP mewakili YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP MAINPP telah menerima kunjungan hormat dari Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).
Delegasi tersebut diketuai oleh Encik Hisham Pandak Hamzah, Ketua Jabatan Pelanggan, Pengebilan Dan Pemungutan, Puan Azzura Mohd Amin, Penolong Pengurus Besar Indah Water HQ serta pegawai-pegawai yang lain.
Kunjungan tersebut bertujuan menjalinkan kerjasama antara kedua-dua pihak, iaitu MAINPP dan IWK.
Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut, tuan Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli, pengurus baitulmal MAINPP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |