Program Team Building Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya selama tiga hari bertempat di Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.
Program ini melibatkan elemen indoor dan outdoor di mana ianya dapat melahirkan kakitangan yang berkreativiti dan berdaya saing dalam menyelesaikan sesuatu isu dan permasalahan serta membantu meningkatkan semangat berpasukan di kalangan warga kerja. Antara aktiviti yang dijalankan aktiviti treasure hunt, memanah dan yang menariknya warga kerja MAINPP didedahkan dengan aktiviti berkuda.
Program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP dan disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP, YBhg. Datuk Ir. Mansur Musa , Pengasas Dima Garden dan Tuan Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli, Pengurus Baitulmal MAINPP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |