PT Sans | Reset
A A

Kedatangan Delegasi Daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Abd Aziz bin Tajuddin
Timbalan Yang Dipertua MAINPP mewakili YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP MAINPP bersama – sama YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP dan Ustaz Abu Mansur Maturidi bin Mohd Ramli, Pengurus Baitulmal MAINPP serta Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentabiran Tanah MAINPP menyambut kedatangan delegasi dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
 
Delegasi dari MAIK ini diketuai oleh YABhg. Dato' Haji Mohd Anis bin Hussein, D.P.S.K., P.M.K., Timbalan Yang Dipertua MAIK, Haji Muhamad Rasani bin Ramli Setiausaha MAIK, Haji Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK bersama pegawai dan kakitangan MAIK.
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat secara terperinci berkaitan pendaftaran tanah wakaf MAINPP dan bertukar-tukar pandangan serta idea.
Turut hadir Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Mainpp