Pada 14 Ogos 2025, TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang diiringi YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP dan tetamu-tetamu jemputan yang lain telah hadir ke Majlis Perasmian Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) ini dijenamakan semula di atas tapak Pusat Latihan Zakat (PULAZA) seluas 7.3 ekar yang dibina di atas sebahagian tapak Lot 793, Pantai Aceh, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Tapak ini pada asalnya dimajukan untuk tujuan pembangunan kompleks warga emas. Namun kemudian telah ditukarguna kepada Pusat Latihan Zakat(PULAZA). Pembinaan PULAZA ini dimulakan pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada 3 Januari 2011. Kos pembangunan PULAZA ini bernilai RM10 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhary. ILIPP menawarkan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan latihan khususnya kepada semua pegawai dan kakitangan institusi Islam di negeri Pulau Pinang dan Malaysia amnya
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |