PT Sans | Reset
A A

Kenyataan Media Yang Dipertua MAINPP berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2013 berkaitan KITAB

Kenyataan Media Yang Dipertua MAINPP berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang telah disiarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 8 April 2014.


KITAB (Kolej Islam Teknologi Antarabangsa) ADALAH SEBAHAGIAN DARI FOKUS UTAMA MAINPP.

1. Merujuk kepada laporan Audit Negara 2013 yang dipetik oleh portal Malaysiakini bertarikh 8 April 2014, dimaklumkan bahawa KITAB sememangnya menjadi sebahagian FOKUS UTAMA kami di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk sesi ini.

2. Disamping fokus untuk "Penambahbaikan Pengurusan Pendidikan Islam" yang turut merangkumi KITAB, Retreat Bengkel Halatuju MAINPP yang berlangsung pada 6 hingga 8 April 2014 semalam turut menggariskan 3 lagi FOKUS UTAMA MAINPP untuk sesi ini iaitu:

"Pembangunan Organisasi", "Penambahbaikan Pengurusan Wakaf" dan "Penambahbaikan Pengurusan Masjid".

3. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Usaha Tarbiah P.Pinang Sdn Bhd (anak syarikat MAINPP) yang menguruskan KITAB juga akan dirombak dan dibuat perlantikan baru dari kalangan tokoh-tokoh akademik berwibawa dan pemimpin yang berkaliber. Perlantikan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

4. Kampus Induk KITAB yang lebih luas, selesa, canggih dan sesuai dengan keperluan akademik semasa juga sedang dikaji dan akan dilaksanakan.

5. Pihak MAINPP juga amat menghargai serta mengalu-alukan segala pandangan dan cadangan penambahbaikan institusi Agama Islam seumpama MAINPP, agar ianya terus kukuh dan maju bagi mencapai VISI "Sebuah Institusi Yang Unggul Berteraskan Konsep Muamalah Islam Demi Kesejahteraan Ummah".

Amanah ini adalah tanggungjawab kita bersama.


Terima kasih.

YB. Dato' Hj Mohd Salleh bin Man
YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
9 April 2014

Pautan ke portal Malaysiakini bertarikh 8 April 2014